Assalamualaikum.
Selepas setahun, akhirnya aku mula menaip semula. Sebab apa dan kenapa? Sebab bosan sangat dah tak ada benda nak buat. Kasihan...
Bukan sebab itu sebenarnya. Sebagai manusia normal mestilah aku ada banyak kerja yang perlu dibuat. Tapi nama pun manusia, mestilah ada sikap malas. Dan aku punya malas dikala ini adalah di tahap maksimum. Sampaikan kerja yang bertimbun itu jadi 'invisible'. Bhahaha.
Sebagai seorang yang bergelar student, kadang-kadang aku terfikir, life student ni untuk belajar or enjoy je ke? Kalau tengok kebanyakan muda mudi sekarang. Cewah, dah macam malam pesta muda mudi je. Hehehe. Kebanyakannya semua hanyut dengan dunia teknologi, termasuk la diri ini sendiri. Sobs sobs. Sebagai contoh gadget macam smartphone, laptop, psp dll. Semua sibuk dengan internet, facebook la insta la twitter la. Sampai kadang kawan di sebelah diabaikan. Makan hati kot kalau macam tu. Huhu.
Walaupun benda ni semua banyak kesan negatif, tapi masih ada yang positif kalau kita tahu guna cara yang betul. Sebagai contoh, kita boleh gunakan medium social network ni untuk berniaga, kongsi pandangan, dll. Youtube pula boleh guna untuk buat/sebarkan video yang berguna. Contoh macam cara jaga kucing, cara buat kuih raya ke, jangan pasal anniversary couple seminggu pulak. Opsss. Hehe. Blog ni pun salah satu medium social network yang kita boleh gunakan.
Motif aku cerita pasal benda ni adalah untuk memotivasikan diri sendiri sebenarnya. Jangan dok mengadap laptop/phone/tab 24jam tapi apa benefit pun tak tau apa. So, I will try my best for my future. :)
0 comments:
Post a Comment