Advertlets Ads

Friday, July 19, 2013

Setahun berlalu

Assalamualaikum.

Selepas setahun, akhirnya aku mula menaip semula. Sebab apa dan kenapa? Sebab bosan sangat dah tak ada benda nak buat. Kasihan...

Bukan sebab itu sebenarnya. Sebagai manusia normal mestilah aku ada banyak kerja yang perlu dibuat. Tapi nama pun manusia, mestilah ada sikap malas. Dan aku punya malas dikala ini adalah di tahap maksimum. Sampaikan kerja yang bertimbun itu jadi 'invisible'. Bhahaha

Sebagai seorang yang bergelar student, kadang-kadang aku terfikir, life student ni untuk belajar or enjoy je ke? Kalau tengok kebanyakan muda mudi sekarang. Cewah, dah macam malam pesta muda mudi je. Hehehe. Kebanyakannya semua hanyut dengan dunia teknologi, termasuk la diri ini sendiri. Sobs sobs. Sebagai contoh gadget macam smartphone, laptop, psp dll. Semua sibuk dengan internet, facebook la insta la twitter la. Sampai kadang kawan di sebelah diabaikan. Makan hati kot kalau macam tu. Huhu.

Walaupun benda ni semua banyak kesan negatif, tapi masih ada yang positif kalau kita tahu guna cara yang betul. Sebagai contoh, kita boleh gunakan medium social network ni untuk berniaga, kongsi pandangan, dll. Youtube pula boleh guna untuk buat/sebarkan video yang berguna. Contoh macam cara jaga kucing, cara buat kuih raya ke, jangan pasal anniversary couple seminggu pulak. Opsss. Hehe. Blog ni pun salah satu medium social network yang kita boleh gunakan.

Motif aku cerita pasal benda ni adalah untuk memotivasikan diri sendiri sebenarnya. Jangan dok mengadap laptop/phone/tab 24jam tapi apa benefit pun tak tau apa. So, I will try my best for my future. :)

Friday, December 30, 2011

AZAM 2012

Hari ini bersamaan tigapuluhharibulanduabelasduaribusebelas..
motif tulis camtu?
saja, mind blowing..:P
berbalik kepada tajuk post kali ni, AZAM membawa maksud kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat.. memandang tahun 2012 aku akan mencapai umur 22tahun, jadi aku perlu bertindak lebih dewasa & planning target yang perlu aku capai..

Ni dia azam tahun baru aku..

#1. Nak beli handphone baru

memandangkan handphone yang sedia ada sudah menunjukkan tanda-tanda kesakitan, jadi membeli handphone baru bukanlah satu kemahuan, tapi keperluan..
kalau keperluan, kenapa nak beli galaxy note? kenapa taknak beli handphone murah?
sebab handphone ni bessttttt..hee...

#2. Nak beli kamera

penting ke benda ni?
penting, sebab mak aku boleh beli benda ni masa pergi oberci(oversea) hari tu kenapa aku tak boleh?
motif?
Jealous..! huhu..takdelah, penting kot..untuk digunakan untuk mengambil gambar kenang-kenangan..

#3. Nak ada kereta sendiri
antara keinginan aku yang tak masuk akal..
kenapakah?
sebab aku lesen kereta pun takde, ini kan nak beli kereta..
hah? umur dah 21 tapi takde lesen lg? boooooooo...
:'( takde keberanian lagi..huu...

#4. Nak basikal kaler pink

huh...naik basikal lagi bagus, takde mghasilkan pencemaran udara.. badan pun sihat..
*nak sedapkan hati

#5. Nak rajin membaca & study

tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ni aku semakin malas membaca buku-buku ilmiah..
yang aku ngadap hanyalah gosip-gosip artis yang sememangnya tak membawa apa-apa faedah pun..
ishh...lagha semua tu..(sambil geleng-geleng kepala)
aku harap tahun akan dtg aku semakin rajin membaca & belajar..insyaAllah...

#6. Nak kahwinnn...haha..

normal la kan bagi wanita dewasa macam aku ni nak rasa disayangi & dicintai oleh seorang lelaki yang bergelar suami..
*cehhhhhh.....
jodoh pertemuan di tangan Allah.. kita hanya mampu berusaha & merancang..

#7. Menjadi wanita solehah

ni lah azam yang paling penting..
"Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."

Aku harap dapat capai semua azam & keinginan aku.. amin...

Wassalam..:)